Tuesday, December 21, 2010

DOA MENDAPAT KETENANGAN HATI DRP kITAB 101 DOA DRP HADIS2 SAHIH TERB TELAGA BIRU
by
Ustaz Zahazan Mohamed
on Thursday, December 9, 2010 at 6:18pm


اللَهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ نَـفْسـاً بِكَ مُطْمَئِنَّـةً ، تُؤْمِنُ بِلِقَائِكَ، وَتَرْضَى بِقَضَـائِكَ ، وَ تَقْنَعُ بِعَطَائِكَ .
Maksudnya : “Ya Allah , aku memohon dariMu jiwa yang tenang , yang beriman dengan pertemuan denganMu , redha dengan ketentuanMu , dan merasa cukup dengan pemberianMu” .[1]

Petua Beramal
Diriwayatkan oleh Al Hafiz Ibnu ‘Asakir dalam tarjamah Rawwahah binti Abi ‘Amru Al ‘Auza’ie dari bapanya berkata dari Abu Umamah bahawa Rasulullah s.a.w mengajar doa di atas kepada seorang lelaki.[2]

Dr Aid Al-Qarni menjelaskan ketenangan dalam ayat yang bermaksud : “Mengingati Allah s.w.t merupakan sumber ketenangan, taman syurganNya semasa di dunia lagi.Sesiapa yang gagal memasukinya akan gagal juga untuk memasukinya di akhirat kelak.Mengingati Allah mampu menjadikan hati itu selamat dari kegelisahannya dan keluh kesah.Cubalah mengingati Allah, untuk memperolehi penawar bagi problem hati”.[3]
Di samping menjinakkan diri kita dengan program-program yang diredhai Allah yang menjadikan kita akrab kepadaNya, amalkanlah membaca doa di atas , dengan harapan semoga Allah dengan rahmatNya memasukkan kita ke dalam golongan hamba-hambaNya yang beriman yang menikmati ketenangan hati seperti yang disebut pada akhir surah Al-Fajr .
[1] Tafsir Ibnu Kathir jilid 4 muka surat 65 , Al -Alusi jilid 16 muka surat 238

[2] Tafsir Ibnu Kathir jilid 4 muka surat 65 , Al -Alusi jilid 16 muka surat 238

[3] Lihat Kitab La Tahzan , Bab Ala BizikrilLahi Tatma`innul Qulub, karangan Dr Aid Abdullah Al-Qarni.


No comments:

Post a Comment